Tuesday, March 11, 2008

Look into your heart and see why...



Munajat Perdana ‘Memohon Kemenangan Kerajaan Islam di Kelantan' di Kota Bharu 7/2/2008

"Semua kerja buat kita di dunia ini ibarat mencari duit untuk bekalan di akhirat. Seperti kita bekerja untuk mendapat duit mencari makan di muka dunia ini, samalah juga kita di akhirat nanti. Duit di akhirat inilah yang dipanggil pahala. Duit RM, dollar, yen tidak akan laku di akhirat. Dan duit yang kita cari untuk bekalan di akhirat bukan setakat sembahyang, puasa, zakat, haji sahaja. Malah kalau kena caranya, berpolitik dan mentadbir negara pun dapat pahala juga.

Jadi tak ada sebab kenapa orang Islam sendiri nak tolak Islam melainkan dia terlalu amat jahil. Islam datangnya dari Allah. Takkanlah Allah tak tahu apa yang terbaik untuk makhluk yang Dia buat, sampai kita pandai-pandai nak buat undang-undang sendiri? Cina, India, Melayu semua Allah buat, pandailah Allah uruskan."