Dalam kesuraman ultra lembayung tika bulan menumpahkan cahayaâ¦. tiba-tiba aku terkenangkan nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.
Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu, gelora dan syahdu.Kau juga mengajarku erti cinta,singa laut,penquin,beruang kutub,kambing salji,sikat,tali kasut, mee rebus,kotak pensil, cendol, koridor, pasu bunga dan coklat kit-kat.Kala itu kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Rose dan Jack Dawson yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluashingga ke bintang Kejora itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.Dikau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Koman'sewel' 1998. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang.Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit bronkitis dan hepatitis-q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan sehingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagtit dan stlagmit yang bagai sembilu. Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kayu kaki katil akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan bakal adik iparku punya kakak. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada,aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik.Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang.Aku cuba menyelam sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya.Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah itik jiran sebelah sebagai tanda aku kasih dan sayang pada dikau..
Oh Mengapa? Mengapa sayang?Mengapa semua ini bisa terjadi?Mengapa setelah kau curi hatiku,kau rompak cintaku lalu lantas kau bunuh cintaku sehingga aku terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi komuter hingga aku berkecai.Oh.!Terlalu berat dugaan yang ku tempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir.aku sedar siapa aku.Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.Aku bukan Mcgyver,Mcdonalds,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan.Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang kugenggam ini telah pun luput tarikhnya.Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan ikan.Walaupun segalanya telah berakhir,di sini,di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali.Selagi ada nafas ini,selagi ada kompleks membeli-belah Starhill,selagi ada kedai kasut di Argentina,selagi kumpulan Innuendo tak berpecah,aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalan sia-sia belaka.Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah.Kalau tiang elektrik berbuah nanti,aku poskan buah-buahannya kepadamu..nak tak?
1 comment:
Nice post!
Kelakar.. er.. kelakar sangat!
Post a Comment